Informasi

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sri Serdang telah dibina di atas tanah bekas lombong seluas 13 hektar pada bulan September 1984 dan mula digunakan pada hari Rabu 2 Januari 1985. Tanggal 2 April 1989,sekolah ini di rasmikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib,Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.

Pada awalanya sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan yang mengandungi 5 buah bilik darjah untuk menampung seramai 348 murid. Dengan usaha seramai 15 orang guru dan 4 orang kaktitangan bukan guru,sekolah ini terus berfungsi dan memuatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 . Menjelang tahun 1988, 2 buah bangunan 3 tingkat telah dibina lagi bersesuaian dengan pertambahan murid akibat kepesatan dan kepadatan penduduk sekitar ini. Sebuah lagi blok bangunan 3 tingkat telah dibina pada tahun 1994 dan mula digunakan pada awal sesi persekolahan 1995.

Pada 10 Julai 1995,sekali lagi bilangan murid berkurangan kerana mereka telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taming Jaya. Sehingga kini sekolah ini telah dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat sumber,surau,makmal sains,bilik gerakkan,bilik sakit dan kelas yang mencukupi untuk melicinkan sesi pembelajaran. Bilik guru telah diubahsuai agar guru-guru dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lebih selesa dan pejabat sekolah telah di besarkan untuk memudahkan urusan pentadbiran.

3 Comments (+add yours?)

  1. Jana(6 ZUHAL 2010)
    Oct 12, 2010 @ 11:49:09

    The whole history simplified

    Reply

  2. hanif
    Aug 04, 2011 @ 07:40:07

    sekolah lame aku…skrg dah membangun dah sekolah ni..dari kecik dah jd besar n maju…

    Reply

  3. Noor Harith
    Dec 24, 2013 @ 09:56:10

    this is my lovely school, i miss all the sweet days that i have spent on classrooms,gardens,stairs….. Everything on this school is nice and kind, i miss all my friends,teachers,,,, its such a beautiful childhood for i miss you malaysia…..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: