Leave a comment

520 murid sertai bengkel ADaP

KEYAKINAN terserlah pada wajah peserta program Pemantapan Prestasi UPSR 2010 pada majlis penutup program itu yang disertai oleh 500 orang murid daripada 13 buah sekolah di Universiti Putra Malaysia, semalam.

SERDANG 4 Julai – Sebanyak 520 murid dari 13 buah sekolah rendah di sekitar Sri Serdang menyertai bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) anjuran akhbar Utusan Malaysia semalam.

Bengkel yang diberi nama ‘Program Pemantapan Prestasi UPSR 2010′ itu mendapat penajaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Datuk Dr. Satim Diman.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bandar Puchong (2), Hasnah Mutalib berkata, program itu disasarkan kepada murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan ‘cukup-cukup makan’.

“Kami memberi tumpuan kepada golongan ini kerana ingin meningkatkan prestasi sekolah secara keseluruhan.

“Sehubungan itu, saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Murid-murid sekolah lain yang mengambil bahagian pada program tersebut ialah SK Bandar Kinrara Seksyen 1, SK Puchong Utama 3, SK Puchong Indah, SK Serdang, SK Taman Seri Serdang, SK Puchong Utama (1) dan (2), SK Puchong Indah, SK Pusat Bandar Puchong (1), SK Puchong Perdana serta SK Kinrara (2).

Turut terlibat ialah pelajar SK Puchong Jaya (2) yang diundang sebagai sekolah jemputan pada program berkenaan.

Setiap sekolah menghantar 40 orang murid dengan empat orang guru pengiring.

Sementara itu Hasnah memberitahu, pihaknya akan menganjurkan program khas untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik selepas ini.

“Ia melibatkan 23 buah sekolah di bawah Majlis Permuafakatan Zon Panglima 2 dekat sini,” jelasnya lagi.

3 Comments

Aznil duta buku

 

Oleh SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my

 

AZNIL menyampaikan bahan buku bacaan kepada Guru Besar SK Seri Serdang, Asma Mokhtar semasa mempromosi Pameran Buku Read Malaysia semalam.


 

KUALA LUMPUR – Selebriti terkemuka tanah air, Aznil Nawawi, 48, yang dipilih sebagai duta Pameran Buku Read Malaysia 2010 yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Mines Resort City pada 4 hingga 13 Jun ini diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung terutama kanak-kanak.

Penyelaras Acara Mines Exhibition Management Sdn. Bhd., Chang Pui Ei berkata, karakter Aznil yang mudah mesra dengan golongan kanak-kanak dapat mendidik mereka mencintai buku serta menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti harian.

“Kehadiran beliau nyata akan mampu menarik ramai pengunjung terutama kanak-kanak memandangkan beliau merupakan ikon disayangi dan diminati oleh golongan kanak-kanak di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Serdang di sini semalam.

Sementara itu, Aznil berkata, dia berasa gembira kerana terpilih menjadi duta pameran itu.

“Ini peluang terbaik untuk golongan ibu bapa membawa anak-anak terutama kanak-kanak tadika dan prasekolah, kerana ada pelbagai jenis buku untuk mereka, sama ada buku pendidikan atau buku cerita,” katanya.

Dalam pada itu, lebih 400,000 pengunjung dijangka membanjiri pameran buku itu yang diadakan sempena musim cuti sekolah.

Hello world!

2 Comments

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.